Interflour Malaysia
Resipi
Resipi > Lahad Datu Flour Mill > Kek > Kek Swiss Roll
Kek Swiss Roll
Bahan :
Tepung gandum Cap Rama-Rama (Tepung serbaguna) 400 gram
Gula kastor 450 gram
Serbuk penaik 1 sudu teh
Putih telur 850 gram
Kuning telur 375 gram
Minyak jagung 285 gram
Jus oren 266 gram
Esen vanila 1/2 sudu teh
Inti (Sebarang perisa) :
Cara-Cara :
- Pukul putih telur & gula kastor ke puncak kaku.
- Pukul kuning telur, jus oren, esen vanila dan minyak jagung bersama hingga kelihatan pucat dan berkrim, yang biasanya sekitar 2 minit penuh.
- Ayak bahan kering: Ayak tepung dan serbuk penaik bersama.
- Masukkan Meringue putih telur ke dalam campuran kuning telur dan uli perlahan-lahan hingga sebati. Adunan harus ringan dan lapang. Tuangkan campuran telur ke atas bahan kering yang telah diayak. Pukul semuanya bersama.
- Seterusnya, tepung dan serbuk penaik yang telah diayak tadi dimasukkan ke dalam adunan perlahan-lahan dan uli.
- Tuangkan dan sebarkan adunan ke dalam loyang yang dilapis dengan kertas minyak, kemudian rapikan adunan. Jatuhkan loyang dua kali untuk menghilangkan gelembung udara yang besar.
- Bakar hanya sekitar 25 minit dengan suhu 180°C.
- Segera alihkan kek ke kertas dan keluarkan kertas minyak dari bawah.
- 9. Gulungkan kek perlahan-lahan dengan kertas minyak dan tahan di tempatnya. Biarkan sejuk dalam bentuk yang digulung untuk seketika.
- Setelah kek berada dalam keadaan suam semasa disentuh, buka gulungan kek dan sebarkan jem anda di permukaan kek. Sekiranya diisi dengan kastard atau krim, tunggu sehingga kek sejuk sepenuhnya agar krim tidak cair.
- Gulung kek ke atas semula setelah jem disapu, kemudian taburkan serbuk gula dan beri di atas kek. Potong kek dan siap dihidangkan.